Monday, August 12, 2013

Bursa Saham Malaysia - Part 1

Apa khabar penganalisis Bursa Saham Malaysia hari ini? Semoga sentiasa sihat dan berfikiran kreatif selalu. Melalui blog ini, Admin akan kongsikan beberapa maklumat terkini mengenai Bursa Saham Malaysia. Yelah, sebagai rakyat Malaysia, kita hendaklah cakna juga mengenai isu ekonomi serta naik turun pasaran saham negara ini, jika kena cara anda juga boleh menjadi penyumbang serta pemangkin ekonomi negara tercinta ini.

Memandangkan ini merupakan artikel pertama untuk blog ini, maka Admin cuma tulis sebagai pengenalan sahaja. Antara maklumat yang Admin ingin kongsikan bersama anda melalui medium blogger ini adalah mengenai artikel pelaburan saham, analisis pasaran saham terkini, turun naik harga saham dan sebagainya. Sekiranya anda mempunyai buah fikiran untuk disumbangkan, boleh hantar message ke Fan page melalui pautan ini ~> https://www.facebook.com/messages/BursaSahamMalaysia

Pembahagian artikel dalam blog ini adalah mengikut kategori tertentu, kategori ini mungkin akan ditambah dari masa ke semasa bergantung kepada jenis artikel yang ingin disampaikan dan dikongsikan, contohnya:

  • Kategori pelaburan saham: contoh artikel; Melabur dalam saham dan unit trust di Malaysia.
  • Analisis saham: contoh artikel; Saham mewah terus jatuh
  • Harga Saham Harian: contoh artikel; Harga saham dijangka stabil minggu depan.
  • Tools: seperti software atau widget terkini untuk kaji saham, panduan sistem saham dan sebagainya.

Demikian sedikit penerangan ringkas mengenai blog ini, walaupun masih baru, namun diharapkan perkongsian yang bakal diberi dapat membantu anda untuk mengetahui info terkini bursa saham Malaysia.

Sebagai tanda sokongan Anda, mohon like Facebook fan page: https://www.facebook.com/BursaSahamMalaysia ataupun dengan menekan butang like di sidebar sebelah kanan blog ini, jadi sekiranya ada kemaskini artikel blog yang terkini, Admin akan post dalam Fanpage tersebut.